fbpx

Malaysia Masters: Beregu negara benam jaguh China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEI KEE (kanan) dan Mei Xing meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Malaysia Masters menewaskan Qing Chen-Ting Ge. - BAM

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing terus mendominasi pasangan China, Chen Qing Chen-Wang Ting Ge apabila sekali lagi menewaskan mereka pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters hari ini.

Pada aksi pusingan pertama di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, pasangan No.24 dunia itu mencatat kemenangan straight set 21-19, 21-19 meskipun berdepan Qing Chen yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, ia bukan satu keputusan mengejutkan memandangkan Pei Kee-Mei Xing pernah menewaskan pasangan tersebut pada pertemuan pertama mereka sebelum ini di kejohanan Terbuka Jerman Februari lalu.

Mei Xing berkata, kemenangan sebelum ini menyebabkan mereka meletakkan harapan lebih tinggi terhadap diri sendiri dan ia membuahkan hasil apabila berjaya mencatat kemenangan dalam tempoh 53 minit.

“Sebenarnya kami pernah bertemu mereka di Terbuka Jerman sebelum ini, jadi ia menyebabkan kami ada jangkaan lebih tinggi. Kami bermula baik tetapi ada melakukan kesilapan pada pertengahan permainan.

“Bagaimanapun, kami berjaya mengatasi keadaan itu. Pengalaman bertemu mereka sebelum ini memberikan kami lebih keyakinan tetapi ada juga rasa gementar,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Menjelang pusingan kedua Khamis ini, Pei Kee-Mei Xing berdepan laluan sukar apabila bertemu satu lagi beregu China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian yang menewaskan Ong Xin Yee-Carmen Ting. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI