JAKARTA – Penduduk Kota Kuala Kapuas, wilayah Kalimantan Tengah kecoh apabila penampakan objek terbang bercahaya didakwa hantu penanggal, dilihat oleh orang ramai, lapor laman berita Warta Banjar.
Entiti itu dilihat pada 8 Mei lalu di kawasan tumpuan pelancong, Siring di Jalan Cilik Riwut.
Beberapa saksi berkata, makhluk misteri itu melayang dari satu pokok ke pokok lain.
Ada dalam kalangan mereka sempat merakam objek misteri bercahaya itu terbang.
Seorang penduduk bernama Isal berkata, objek itu hilang sebelum sempat orang ramai berpusu-pusu menghampiri pokok yang dikatakan menjadi tempat persinggahannya.
“Mungkin ia telah menghilangkan diri, tadi saya sempat melihatnya,” katanya.
Kejadian itu menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan penduduk, namun sehingga kini, tiada pengesahan dibuat mengenai objek tersebut. – AGENSI