fbpx

Jokowi beri keterangan dakwaan miliki ijazah palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi- Okezone

JAKARTA – Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) hadir ke Unit Siasatan Jenayah Polis Republik Indonesia (Polri) untuk memberi keterangan berhubung dakwaan yang mengatakan bahawa ijazah dimilikinya adalah palsu, lapor laman berita Okezone.

Penasihat Undang-Undang Jokowi, Yakup Hasibuan mengesahkan bahawa Presiden Indonesia ke-7 itu hadir ke ibu pejabat polis di Jakarta pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Pasukan Jokowi pada Jumaat lalu hadir ke Unit Siasatan Jenayah Polri untuk menyerahkan sijil asal Jokowi.

Yakup berkata, penyiasat akan menguji dua ijazah Jokowi di makmal forensik untuk memastikan kesahihannya dan akan memaklumkan keputusan tersebut.

Sementara itu, Jokowi ketika ditemui mengakui berasa sedih melihatkan proses perundangan berhubung dakwaan ijazah palsu itu memasuki peringkat seterusnya. 

“Saya sebenarnya sedih kerana proses siasatan mengenai ijazah ini meningkat ke tahap berikutnya. Kasihanilah saya,” kata Jokowi ketika hadir di Unit Siasatan Jenayah Polri Jakarta Selatan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tuduhan memiliki ijazah palsu itu adalah keterlaluan.

Justeru, Jokowi menyerahkan sepenuhnya proses perundangan kepada pasukan penyiasat.

“Ia keterlaluan, namun kami akan mengikut proses undang-undang,” tambahnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI