fbpx

Imam lemas ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT imam masjid Pontian yang berjaya ditemui tengah hari tadi selepas terjatuh ketika memancing di Kampung Semaloi, Mersing awal pagi tadi.

MERSING – Imam Masjid Jamek Bandar Pontian ditemui mati lemas selepas terjatuh dari sebuah bot ketika memancing berhampiran Jeti Kampung Semaloi di sini awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Al Hafiz Yunus, 45, disahkan meninggal dunia dan mayatnya ditemui pukul 12 tengah hari tadi, kira-kira 100 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh .

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Mohd. Alias Hussin berkata, seramai 20 anggota JBPM termasuk pasukan penyelam terlibat dalam operasi ini dengan kekuatan logistik merangkumi satu unit jentera FRT, satu unit Hilux, dua bot penyelamat, satu lori, satu EMRS dan dua unit RRV.

Katanya, turut membantu ialah sembilan anggota daripada PDRM, lima anggota RELA, 12 orang pejabat agama, serta 51 orang awam.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.25 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Endau digerakkan ke lokasi kejadian sejauh lima kilometer.

“Setibanya di lokasi pada jam 2.30 pagi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati insiden melibatkan seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari bot. Operasi pencarian terus digerakkan dengan teknik surface searching dalam radius lebih kurang 100 meter dari jeti.

“Bagaimanapun, atas faktor keselamatan dan keadaan gelap di permukaan sungai, operasi pencarian ditangguhkan sementara pada pukul 3.30 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI