fbpx

Citadel Dynasty Trust sasar AUM RM10 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRED (depan, dua dari kiri) pada majlis pelancaran CDT hari ini.

PETALING JAYA – Syarikat amanah, Citadel Trustee Berhad menyasarkan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) RM10 bilion dalam tempoh lima tahun bagi produk amanah terbaharunya, Citadel Dynasty Trust (CDT).

Produk itu menawarkan penyelesaian inovatif dengan menyediakan struktur amanah yang telus serta kos efektif, memastikan akses pantas kepada dana pada saat kritikal sambil memberikan pelanggan kawalan penuh ke atas pemindahan kekayaan mereka.

Tidak seperti amanah konvensional biasa, CDT membenarkan keluarga untuk melindungi aset dengan pilihan fleksibel untuk pembayaran secara penuh, separa atau tersuai yang dicetuskan oleh peristiwa seperti kematian.

Penerima boleh menerima dana dalam masa tiga hari bekerja, jauh lebih cepat berbanding pentadbiran pusaka biasa bagi menyediakan sokongan kewangan tepat pada masanya.

Dengan yuran sekali RM40,000 tanpa caj pemegang amanah tahunan (diimbangi dengan pemberi memberikan faedah daripada modal amanah kepada Citadel Trustee Berhad), CDT menyediakan perancangan harta lanjutan yang boleh diakses serta cekap.

Pengarah Citadel Group, Fred Chan berkata, CDT merupakan satu game-changer untuk keluarga Malaysia dengan menawarkan rangka kerja yang telus, fleksibel dan patuh undang-undang.

“Dengan penyerahan dana dalam tempoh tiga hari, modal amanah disimpan dalam bentuk mudah cair di dalam bank, dengan minimum modal amanah disarankan RM1 juta.

“Meskipun kami turut menerima jumlah kurang daripada itu, caj sekali yang dikenakan tetap RM40,000 dan angka ini lebih rendah berbanding penawaran lain di pasaran yang menawarkan caj sehingga tiga atau empat peratus setahun,” katanya pada majlis pelancaran hari ini.

Tambah beliau, produk tersebut memiliki tempoh sehingga 80 tahun, berdasarkan rangka kerja undang-undang amanah di negara ini.

“Ini merupakan produk konvensional, dan kami bakal melancarkan produk seakan sama yang patuh syariah dalam tempoh masa terdekat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI