fbpx

‘Bila Elisya nak berpantang di rumah, gigih saya rancang menu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheila Rusly menerima pujian netizen yang menyifatkannya sebagai mentua dari syurga.

PETALING JAYA – “Bila Elisya cakap ‘nak berpantang rumah mama’, gigih sis (panggilan Sheila) rancang menu.”

Demikian perkongsian Sheila yang berusaha menyediakan juadah kepada menantunya, Elisya Sandha semasa berpantang.

Sheila atau nama lengkapnya Sheila Rusly, 53 meluahkan rasa teruja apabila Elisya memilih untuk berpantang di rumahnya.

Menerusi satu hantaran video dalam TikTok, Elisya dilihat sedang menikmati hidangan dengan berselera sebelum memeluk erat ibu mentuanya sebagai tanda terima kasih atas layanan yang diberi.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen Malaysia menyifatkan aktres itu sebagai menantu bertuah kerana mendapat ibu mentua yang sangat penyayang dan prihatin.

“Menantu bertuah dapat mentua macam Sheila Rusly,” komen netizen.

“Kalau saya jadi Elisya, beranak ramai pun tidak kisah kalau mak mentua layan macam ini,” kata seorang netizen.

“Semoga anak perempuan saya dapat mentua macam Sheila,” ujar netizen.

Sebelum ini, Elisya berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Bahtera ElHaq, (bila lahir).

Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila, Uzair Haqimy pada Ogos 2017 dan dikurniakan seorang puteri, Bunga Elhaq yang kini berusia hampir tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI