fbpx

6 lebuh raya, 25 jalan ditutup esok dan lusa untuk raptai ASEAN – KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan beberapa laluan di sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat mulai esok bagi sesi raptai atau ‘dry run’ sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook KDN, penutupan jalan tersebut mengikut jadual yang diumumkan pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman semalam.

Katanya, ‘dry run’ kawalan trafik akan dijalankan esok dan lusa melibatkan laluan serta kawalan seperti hari kejadian sebenar Sidang Kemuncak ASEAN.

“Dry run ini termasuk pergerakan motoked, kawalan laluan dan lokasi persidangan serta simulasi kawalan di hotel, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Istana Negara,” kata KDN.

KDN menambah, raptai pergerakan motoked akan melibatkan laluan dari lapangan terbang ke hotel-hotel penginapan di sekitar Kuala Lumpur, KLCC dan Istana Negara.

“Penutupan jalan akan dilakukan mengikut jadual sebenar, pengguna jalan raya dinasihati mengelakkan laluan terlibat mematuhi arahan petugas trafik. Kerjasama anda amat dihargai demi kelancaran persiapan negara sebagai tuan rumah,” katanya.

Terdahulu Pengarah JSPT Bukit, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri pada sidang akhbar semalam memaklumkan enam lebuh raya dan 25 laluan utama di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup serta dilencongkan bermula 23 hingga 28 Mei.

Beliau berkata, setiap penutupan dijangka berlangsung 30 hingga 45 minit secara berkala mengikut tarikh ditetapkan.

Bagaimanapun, jalan akan dibuka semula selepas semua konvoi deligasi melalui laluan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI