fbpx

5 lagi suspek babit kes tetak bertopeng diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mangsa cedera dalam kejadian kes tetak di Butterworth, Sabtu lalu.

SEBERANG PERAI – Seramai lima lagi suspek ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes tetak bertopeng dan bersenjatakan parang sehingga mangsa parah di hadapan sebuah kedai di Jalan Raja Uda, Butterworth di sini, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan C. Tharmalingam berkata, penahanan ke atas kesemua suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), semalam dan hari ini.

“Ini merupakan tangkapan tambahan yang berkait dengan kejadian kecederaan parah menggunakan senjata dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan siasatan. Pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya berhubung dengan mana-mana balai polis terdekat,” katanya di sini, hari ini.

Tangkap layar suspek bertopeng dan bersenjatakan parang mencederakan mangsa di Butterworth, Sabtu lalu.

Ahad lalu, Kosmo! melaporkan polis menahan dua daripada tiga suspek bertopeng yang dipercayai menyerang seorang lelaki dengan bersenjatakan parang.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 malam itu ketika mangsa bersama rakannya sebelum itu ke lokasi kejadian untuk menikmati makanan.

Sekumpulan suspek bertindak menyerang mangsa dan melanggarnya dengan sebuah kereta.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 22 saat memaparkan individu bertopeng melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Nissan berwarna putih.

Kereta terbabit yang dilihat mengundur turut didapati melanggar sebuah kenderaan lain. Turut tular ialah seorang lelaki dalam keadaan berlumuran dadah terbaring di klinik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI