fbpx

Wanita sesat 24 hari cuma makan daun bawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiffany ditemukan selepas hilang 24 hari. - Pejabat Syerif Daerah Fresno

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang wanita ditemui selamat selepas hilang 24 hari di hutan akibat ribut salji semasa dia keluar  mendaki di sebuah taman negara di negeri California, lapor akhbar Metro UK semalam.

Tiffany Slaton mengharungi 13 ribut salji ketika dia meredah kawasan sejauh lebih 30 kilometer tanpa perlindungan, malah mangsa sempat membetulkan kembali keadaan lututnya selepas terjatuh dari sebuah tebing.

Wanita tersebut memanjat pada ketinggian 3,048 meter di Hutan Negara Sierra, timur California  dan memastikan dirinya kekal hidup dengan memakan tumbuhan liar serta mengamalkan petua ikhtiar hidup yang lain.

Tiffany kali terakhir dilihat menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di komuniti Tasik Huntington pada 20 April lalu dan dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada 29 April lepas selepas dia gagal dihubungi.

Menurut Tiffany, dia terperangkap dalam runtuhan salji dan pengsan selepas jatuh dari tebing.

Meskipun kakinya cedera, pengembara berpengalaman itu meneruskan perjalanan dengan bekalan asas perkhemahan, basikal elektrik, dua beg tidur dan sebuah khemah. Namun, dia kehilangan semua peralatan itu semasa mendaki untuk terus hidup.

Ia membuatkan Tiffany akhirnya hanya mempunyai pemetik api, pisau dan sedikit makanan ringan semasa dia berjalan di kawasan genting Kaiser Pass. Ia merupakan puncak setinggi 2,743 meter,  tertimbus di bawah salji pada kedalaman antara 3 hingga 3.6 meter.

Namun, selepas makanan ringan itu habis dalam beberapa hari, Tiffany  memakan daun bawang liar dan memastikan dirinya kekal terhidrat dengan minum salji yang dicairkan.

Selepas lima panggilan ke talian kecemasan 911 gagal dibuat dan setelah 24 hari kemudian, Tiffany akhirnya menemukan sebuah kabin tidak berkunci yang tersembunyi di antara timbunan salji putih di Resort Vermilion Valley.

Dia kemudian ditemukan oleh pemilik resort, Christopher Gutierrez yang kemudian membantu wanita tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI