fbpx

[VIDEO] ‘Yeay atok dah sampai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan sekumpulan kucing berlari ke arah motosikal seorang warga emas.

PETALING JAYA – Gelagat sekumpulan kucing yang berlari laju menyambut kepulangan seorang warga emas sebaik sahaja terdengar bunyi motosikal mencuit hati netizen.

Menerusi satu klip video di TikTok milik @Shazwanishafiai, kucing-kucing itu dilihat seolah-olah sudah mengenali bunyi enjin motosikal tuan mereka dan terus menyerbu sebaik sahaja lelaki itu tiba.

“The most famous person in Kodiang (Orang yang paling terkenal di Kodiang). Pak Tat dan kucing-kucingnya. Kucing dengar motor pun tahu dah tu dia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi si bulus yang begitu setia menunggu kedatangan insan kesayangan mereka.

“Yeay atok dah sampai,” komen seorang pengguna.

“Dia dengar bunyi motor, tahu dah makanan sampai. Itulah perangai kucing apabila tuan dia balik,” ujar seorang lagi netizen.

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 80,000 tanda suka di TikTok – KOSMO! ONLINE.

@shazwanishafiai The most famous person in Kodiang.. pak tat dan kucing2nya.. kucing dengaq motor pun tau dah tu dia.. ❤️#kodiang #famous ♬ suara asli – Breaks Music Group

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI