fbpx

‘Walau pakai kereta mahal, tetap bantu pak cik buta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pihak bomba di lokasi kejadian.

PETALING JAYA – Sikap prihatin beberapa pengguna jalan raya yang membantu seorang warga emas buta keluar dari tengah jalan meraih perhatian netizen.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsi pengguna TikTok @Zus_garage_pendang, kelihatan seorang lelaki buta berjalan seorang diri di tengah jalan sebelum disedari oleh pemandu yang kemudian berhenti dan membantunya.

“Berjumpa seorang pak cik buta melintas jalan. Nasib baik, saya bertemu dengan seorang yang baik hati yang membantu… Terima kasih banyak-banyak,” tulis pemilik akaun itu di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan pemandu yang bukan sahaja berhenti, malah sanggup turun membantu warga emas berkenaan.

“Aku ingat kereta hitam tu blah.. Padahal pakat berhenti beri bantuan.. Walaupun lain bangsa, syukur,” komen @Yus8613.

“Walaupun pakai kereta yang mahal tetapi hati pemandu itu sangat baik,” kata @Hanisyazwani.

“Malah, lori pun perlahan dan bagi ‘double signal’,” komen @Lana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI