fbpx

[VIDEO] Lagi kes mak guard ‘pau’ duit parkir hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan di TikTok Iman Kamal semalam sehingga meraih dua juta tontonan.

PETALING JAYA – Belum reda isu pengawal keselamatan didakwa mengenakan caj parkir berjumlah RM50 di sebuah hospital kerajaan baru-baru ini, muncul satu lagi kes sama dilaporkan berlaku dekat Kajang, Selangor.

Kejadian tersebut tular di media sosial apabila pempengaruh TikTok, Iman Kamil memuat naik video berdurasi lebih seminit itu menunjukkan pengawal keselamatan wanita berkenaan meminta bayaran RM10 sebagai balasan tidak mengambil tindakan kepada lelaki tersebut.

Pada awalnya, berlaku sedikit pergaduhan mulut apabila pengawal wanita itu secara keras mengatakan Iman telah melakukan kesalahan apabila meletakkan kenderaanya di kawasan parkir khas untuk kakitangan hospital.

Bagaimanapun, Iman tetap mempertahankan dirinya dengan memaklumkan tiada sebarang notis atau papan tanda memaklumkan kawasan tersebut tidak dibenarkan parkir.

“Dekat sini ada notis? Macam mana saya nak tahu (dilarang parkir)? Jadi sekarang ini awak nak apa?,” soal Iman.

“At least (sekurang-kurangnya) awak bayar saya. Kesian saya lah, bagi RM10 macam itu,” jawab pengawal keselamatan terbabit.

Bagaimanapun, selepas lelaki itu menegur tindakan pengawal terbabit sebagai rasuah, wanita tersebut segera memintanya pergi termasuk mengugut untuk memanggil ‘pihak tertentu’ bagi menyelesaikan perkara tersebut.

“Tak apa lah pergi. Jangan cakap banyak, nanti saya panggil semua orang,” kata wanita itu.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan perkongsian pengguna TikTok @allyszackry yang merupakan anak kepada seorang warga emas yang dikatakan telah ditipu oleh pengawal keselamatan mengenai caj parkir di hopsital.

Pengguna itu memaklumkan dia telah tampil bersemuka dengan pengawal keselamatan tersebut bagi mendapatkan kembali bayaran yang dikenakan terhadap ibunya.

Katanya, ini merupakan kali kedua ibunya dikenakan caj yang sama oleh individu terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meminta Kementerian Kesihatan (KKM) menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan tegas terhadap kakitangannya yang meminta rasuah selain tidak bertanggungjawab semasa menjalankan tugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI