fbpx

Tembak KLIA: Hawari mohon rundingan pengakuan bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus sebuah syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari ketika dibawa bagi sebutan semula kes cubaan membunuh isterinya, Farah Cie di Mahkamah Sesyen Sepang, di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

SEPANG – Perbicaraan kes cubaan bunuh membabitkan pengurus sebuah syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari, 39, yang dijadual bermula hari ini ditangguhkan selepas tertuduh memohon rundingan pengakuan bersalah.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin ketika prosiding perbicaraan hari pertama membabitkan tertuduh di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Menurut Raja Zaizul Faridah, pihaknya dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Hafizul, untuk memasukkan permohonan rundingan pengakuan bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dihadapinya.

“Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan, namun pihak pendakwaan dimaklumkan oleh peguam tertuduh untuk memasukkan tawaran pengakuan bersalah.

“Pihak pendakwaan akan meneliti tawaran dimohon pembelaan ini,” katanya.

Sehubungan itu, Raja Zaizul Faridah memohon supaya mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi keputusan tawaran dimohon tertuduh.

Sejurus selepas itu, Ahmad Fuad kemudian menetapkan 17 Julai depan bagi mengetahui status permohonan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI