fbpx

Sharifah Sakinah hidup lebih bahagia tanpa media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sakinah mengakui hidup lebih bahagia tanpa terlalu bergantung dengan media sosial.

PETALING JAYA – Selepas beberapa bulan tidak aktif, pelakon Sharifah Sakinah mengakui tidak bermain media sosial demi menjaga kebahagiaan diri dan keluarga.

Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 39, berkata, keputusan untuk ‘menyepi’ kerana risau jika apa yang dimuat naik boleh mengundang perkara negatif daripada orang luar.

“Saya sudah lama tidak buka media sosial, beberapa bulan juga dan itu buatkan saya seronok.

“Tidak perlu saya kongsikan tentang kehidupan peribadi saya tambah pula saya ada anak.

“Saya tidak mahu mengundang komen buruk, jadi apabila ada benda boleh saya kongsikan, baru saya muat naik di media sosial,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis Pesta Unifi TV Lagi Best di The Curve, Damansara, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, pelakon drama Curang Tanpa Niat memaklumkan akaun media sosialnya kini diuruskan kakaknya yang hanya melibatkan perkara berkaitan kerja.

“Hidup saya pun semakin bahagia sebab tidak tahu apa jadi di luar sana. Selalunya kakak saya yang tolong muat naik apa-apa.

“Tanyalah fasal gosip artis mana-mana sekarang pun memang saya tidak tahu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Sakinah kini sedang sibuk mempromosikan drama terbarunya berjudul Wok yang sudah ditayangkan dalam platform penstriman Unifi TV. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI