fbpx

PM Thailand didesak minta bantuan Lisa Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA ketika menghadiri Anugerah Akademi Ke-97 di Teater Dolby, Hollywood, California pada 2 Mac lalu. – AFP

BANGKOK – Pengusaha buah-buahan tempatan menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra menjemput bintang K-pop, Lalisa Manobal (Lisa)  untuk menerajui kempen mempromosikan buah-buahan Thailand di peringkat global, lapor laman berita VNExpress hari ini.

Mereka berkata, populariti global Lisa boleh membantu membuka pasaran baharu untuk eksport buah-buahan Thailand, terutamanya di luar China.

Gesaan itu disuarakan semasa  Paetongtarn mengadakan lawatan ke wilayah Chanthaburi Sabtu lepas seperti laporan akhbar  Bangkok Post.

Menurut mereka, dengan sokongan penuh kerajaan, eksport buah-buahan Thailand boleh menjana pendapatan lebih 500 bilion baht (RM64.4 bilion)  setiap tahun, berbanding 200 hingga 300 bilion baht (RM25.9 hingga RM38.8 bilion) sekarang.

Lisa, 28, memulakan kerjayanya dengan kumpulan Blackpink pada 2016 dan melancarkan kerjaya solonya pada 2021 dengan album Lalisa.

Warganegara Thailand itu juga berkhidmat sebagai duta global untuk jenama mewah seperti Celine dan Bulgari, mengumpul lebih 105 juta pengikut di platform Instagram. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI