HANOI – Penolong kanan sebuah sekolah di Wilayah Nam Dinh menyambut semua 1,300 pelajar di pintu pagar sekolah setiap pagi sesi persekolahan bermula, lapor portal berita VNEXpress semalam.
Rakaman video terbaharu menunjukkan penolong kanan tersebut, Vu Van Ben yang mengajar di Sekolah Rendah Tran Nhan Tong, menjadi popular di media sosial.
Ia menunjukkan beliau berjabat tangan dengan mesra dan bertegur sapa dengan pelajarnya.
Van Ben memberitahu, beliau berbuat demikian selama lapan tahun.
“Ia adalah isyarat mudah yang lahir daripada kasih sayang,” katanya.
Menyaksikan bagaimana orang dewasa kadangkala boleh melayan kanak-kanak secara tidak adil, beliau memutuskan untuk memastikan setiap murid berasa dihargai dan dihormati. – AGENSI