fbpx

Pempengaruh TikTok mengaku ceroboh rumah Anju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL Nur Ariani, (tudung biru) didakwa di Mahkamah Majistret di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Seorang pempengaruh media sosial TikTok mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menceroboh rumah selebriti Anju atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul pada 7 Mei lalu.

Tertuduh, Nurul Nur Ariani Muhammad Zahari, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam. Bagaimanapun, hukuman ke atas tertuduh akan dijatuhkan pada tarikh sebutan akan datang pada 19 Jun depan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didapati melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki sebuah rumah.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang di Kampung Chelet, Nilai di sini pada 7 Mei lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd. Zainal menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dan beliau memohon tarikh baharu untuk fakta serta hukuman.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K.Gejalaxmi memohon jaminan rendah dan munasabah kerana tertuduh bekerja sendiri dengan gaji tidak menentu selain menanggung bapa yang sedang sakit di hospital serta empat anak dan adik.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini media melaporkan, dua laporan polis sudah dibuat oleh Anju berkaitan pemilikan sebuah kereta selain tindakan pencerobohan serta fitnah yang dilemparkan individu terbabit.

Selain itu, tular video seorang wanita memberi amaran kepada seorang selebriti supaya menyerahkan semula kenderaan kepunyaannya atau berdepan tindakan undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI