fbpx

PDRM tingkat Op Perdagangan, kesan lori lebih muatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri bergambar bersama anggota polis yang terlibat pada Majlis Amanat kepada Petugas Bantuan Sumber Manusia sempena Penugasan Persidangan ASEAN ke-46 dan Mesyuarat AECC, di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan mempertingkatkan operasi kenderaan berat khususnya lori dan bas menerusi Op Perdagangan.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, langkah tersebut bagi mengesan pemandu lori terutamanya yang membawa muatan berlebihan.

Katanya, operasi itu akan dilaksanakan secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Kita jalankan operasi yang baik bersama JPJ, APAD bagi memastikan pemandu-pemandu ini mematuhi peraturan jalan raya (seperti tidak membawa muatan lebih).

“Operasi ini bagi memastikan kenderaan yang mereka bawa seperti lori, bas dan sebagainya berada dalam keadaan baik, sempurna, teknikalnya pun bagus serta boleh berada di atas jalan raya dengan selamat,” katanya selepas Majlis Amanat dan Penugasan JSPT sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Pulapol di sini.

Ketika ditanya mengenai nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Mohd. Yusri berkata, kertas siasatan berkaitan kes terbabit telah lengkap.

Malah katanya, pemandu lori yang membawa muatan batu, Rudi Zulkarnain Md Radi, 45, telah dituduh dan mahkamah memutuskan untuk sebutan semula kes.

“Kita serahkan kepada mahkamah dan sekarang ini, mahkamah sudah beri jaminan kepada tertuduh, perbicaraan akan berlangsung secara berkala,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI