fbpx

PATI Bangladesh dicekup cuba rasuah pegawai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TUMPAT – Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh dicekup selepas dipercayai cuba menawarkan rasuah kepada pegawai polis sebagai dorongan untuk melepaskannya daripada ditahan semalam.

Difahamkan, lelaki itu bertindak sedemikian selepas dia ditahan atas kesalahan pasport tamat tempoh dan tinggal lebih masa di negara ini.

Selain itu, rakan suspek yang merupakan PATI warga Myanmar turut ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber berkata, PATI itu bertindak menghulurkan wang di dalam genggamannya kepada pegawai polis agar melepaskan dirinya daripada ditahan.

“Suspek tetap berdegil dan menghulurkan wang kepada pegawai plis berkenaan meskipun beberapa kali diberikan amaran.

“Kedua-dua PATI itu ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17B Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI