fbpx

NRES banteras kemasukan sisa haram di Pelabuhan Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi menunjukkan sisa e-waste yang dirampas hasil penahanan kontena di Pelabuhan Utara, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI

KLANG – Kawalan dan pemeriksaan terhadap semua pelabuhan negara terutama Pelabuhan Klang akan diperketatkan agar tidak menjadi pintu masuk bagi pengimportan atau pelupusan sisa e-waste atau plastik haram.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Jelas beliau, sebanyak 354 buah kontena yang disyaki mengandungi sisa haram telah ditahan JKDM Selangor sejak 14 Mac lalu di Pelabuhan Klang.

“Pemeriksaan dilakukan susulan maklumat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Amerika Syarikat mengenai kontena dari negara itu yang dijangka memasuki Malaysia.

“Pelbagai agensi penguatkuasaan dan teknikal termasuk JAS, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan meneruskan pemeriksaan ke atas baki kontena yang belum diperiksa,” katanya ketika meninjau kontena sisa haram itu di Pelabuhan Utara di sini, hari ini.

Menurut Nik Nazmi, JAS memeriksa sebanyak 179 kontena yang disyaki membawa e-waste setakat 13 Mei lalu.

Ujarnya, daripada jumlah itu, sebanyak 122 kontena atau 68 peratus telah ditahan membawa sisa berkenaan menerusi pengisytiharan palsu.

“Susulan itu, sebanyak 119 Notis Arahan dikeluarkan kepada syarikat pengimport di bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 bagi pemulangan semula kontena ke negara asal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI