fbpx

Lelaki makan durian dalam perpustakaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki makan durian di dalam perpustakaan. - Foto Stomp

SINGAPURA – Seorang lelaki ditangkap sedang makan durian di Perpustakaan Awam Choa Chu Kang di pusat beli-belah Lot One, Singapura, lapor portal berita Stomp hari ini.

Seorang lelaki, Jian Wei melihat kejadian itu yang berlaku pada pukul 8.20 malam (waktu tempatan) baru-baru ini.

“Baunya sangat kuat, dan beberapa orang berlalu pergi,” katanya.

“Apabila pustakawan datang menasihatinya supaya beredar, dia tidak mempedulikan arahan dan terus memakan durian.

“Apabila anggota keselamatan tiba, dia telah pun menghabiskan keseluruhan durian (di dalam bekas makanan). 

“Dia tidak melawan malah bertindak seperti tidak peduli. Dia kemudian pergi (dari perpustakaan) selepas seminit.”

Jurucakap Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) berkata, pihaknya  menyedari kejadian itu dan telah memberi peringatan kepada lelaki berkenaan bahawa makan tidak dibenarkan di dalam perpustakaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI