fbpx

‘Innalillahirojiun’ – Suami Rahimah Rahim meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami kepada penyanyi veteran Rahimah Rahim, Allahyarham Juraimi Taib meninggal dunia pada usia 69 tahun.

PETALING JAYA – Suami kepada penyanyi veteran Rahimah Rahim, Allahyarham Juraimi Taib meninggal dunia pada usia 69 tahun pada Khamis lalu.

Berita pemergian Juraimi atau Remy dikongsikan penyanyi asal Singapura itu menerusi hantaran dalam Facebook (FB) pagi tadi.

“Innalillahirojiun. Al-Fatihah buat insan yang berhati mulia dan disayangi, suami saya, Juraimi Taib (Remy).

“Saya dan keluarga merasa teramat sedih atas pemergian arwah pulang ke Rahmatullah pada Khamis pagi iaitu 15 Mei 2025.

“Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih buat semua sahabat dan famili yang banyak membantu saya mengendalikan jenazah arwah,” katanya.

Begitupun, penyanyi lagu Gadis dan Bunga itu tidak menyatakan punca pemergian arwah suaminya.

Menerusi hantaran sama, Rahimah, 69, turut memohon agar rakan mahupun sesiapa yang mengenali suaminya dapat memaafkan kesilapan beliau.

“Kami juga mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan. Sekiranya ada sesiapa mengenali arwah dan jika ada urusan yang masih tertunggak, iaitu belum sempat arwah lunaskan, silalah DM (mesej) saya secara langsung.

“Semoga roh Allahyarham Juraimi ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa dalam rahmat Allah SWT,” ujarnya.

Rahimah berkahwin dengan Juraimi yang juga pegawai bank pada 1994 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Amalyn Aishah, 30.

Penyanyi yang aktif di arena nyanyian sejak era 70-an itu mempunyai seorang lagi puteri hasil perkahwinan terdahulu, Pearl Nur Hida yang kini berusia 47 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI