fbpx

Hawa Rizwana cari calon suami minat mendaki, menyelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hawa mengakui disebabkan terlalu sibuk dengan perihal kerjaya membuatkan dirinya masih membujang sehingga sekarang.

MIRI – Pengacara dan pelakon Hawa Rizwana mengakui kesibukan dan jadual kerja yang padat antara faktor utama dia masih belum memiliki pasangan hidup sehingga hari ini.

Akui Hawa atau nama sebenarnya Hawa atau Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 30, perkara tersebut juga boleh menjejaskan hubungan yang baru hendak bermula terutama dari aspek komunikasi.

“Mungkin saya masih bertemu dengan teman hidup disebabkan kesibukan kerja sehingga membuatkan sesebuah hubungan itu tak boleh diteruskan.

“Saya pula jenis tak reti nak balas mesej cepat, kalau kerja memang fokus.

“Kemudian balik penat terus tidur. Faktor kekangan masa juga salah satu penghalang dan sukar beri komitmen buat masa ini,” katanya kepada Kosmo! Online selepas Konsert MeleTOP TVS di sini, baru-baru ini.

Dalam masa sama, dia juga mempertahankan diri daripada stigma ramai yang berpendapat dirinya sukar didekati kerana memiliki karakter garang.

“Sebenarnya saya tak pernah terfikir apa pun mengenai hal kahwin.

“Namun, sejak kebelakangan ini ada orang cakap pada saya, kemungkinan saya masih solo sebab orang takut nak berkenalan. Buat apa nak takut, saya tak garang pun,” katanya lagi.

Ditanya kriteria yang dicari ketika ini, pengacara MeleTOP itu hanya mahu lelaki tersebut menerima dirinya seadanya dan bonus sekiranya memiliki minat yang sama.

“Saya wanita aktif bersukan, jadi memang suka kalau dapat kenal lelaki yang sama-sama minat berlari, menyelam, mendaki, berbasikal.

“Wajah yang comel juga bonus dan boleh terima kekurangan masing-masing.

“Buat masa ini, saya tiada sasaran umur untuk tamatkan zaman bujang, ‘just go with the flow'” jelasnya.

Sebelum ini, Hawa pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi rap, Noki K-Clique namun kedua-duanya menafikan hal tersebut namun mengakui selesa berkawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI