fbpx
Tangkap layar sebelum kejadian sebuah lori merempuh penunggang motosikal di Kilometer 26.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Kampar baru-baru ini.

Had laju kawasan masjid patut 30 km/j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Jumaat minggu lalu, seorang warga emas maut selepas motosikal jenis Honda EX5 ditunggangi dirempuh sebuah lori di Kilometer 26.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Kampar, Perak.

Kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari kawasan Masjid Jamek Jeram untuk pulang ke rumah selepas solat Jumaat.

Tragedi ini sungguh menyayat hati. Sebelum kejadian, mangsa sempat menunaikan hajat bersedekah pisang yang pertama kali berbuah di masjid pada hari Jumaat.

Masjid antara kawasan yang sibuk pada waktu-waktu terten­tu terutama pada hari Jumaat ketika umat Islam menunaikan solat.

Kawasan masjid yang terletak di hadapan jalan besar sepatutnya mempunyai kadar had laju maksimum supaya pemandu dapat memperlahankan kende­raan mereka.

Jika di kawasan sekolah kadar had laju maksimum akan diturunkan daripada 50 kilometer sejam (km/j) kepada 30 km/j, sepatutnya di kawasan masjid pun begitu.

Ia bagi meningkatkan ke­selamatan jemaah yang pergi dan pulang dari masjid terutama ketika menyeberangi jalan utama.

PAK HAJI
Selayang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN