fbpx

‘Gunakan’ saya sebaiknya demi pembangunan bola sepak – Tunku Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU Mahkota Ismail ketika sidang akhbar di Hotel Double tree by Hilton, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mahu peminat bola sepak tempatan ‘menggunakan’ baginda sepenuhnya demi kebaikan dan pembangunan sukan itu khususnya pasukan Harimau Malaya.

Titah baginda, langkah itu dilihat lebih baik berbanding hanya berharap sukan bola sepak tempatan akan menjadi lebih baik tanpa penglibatan baginda.

“Satu dua bulan ini memang ada gerakan tidak mahu melihat perkara (program naturalisasi) berjaya, sasaran utama adalah saya. Mereka tidak boleh serang secara terus jadi mereka kritik Johor Darul Ta’zim (JDT), Liga Malaysia dan pasukan kebangsaan.

“Saya akan kekal dan teruskan bekerja untuk majukan JDT dan menyokong pasukan kebangsaan dengan apa (cara) yang boleh. Jadi lebih baik kamu (penyokong) gunakan saya sebaiknya,” titah baginda ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Tunku Mahkota Ismail, penyokong bola sepak tempatan perlu membezakan saingan domestik dan sokongan terhadap skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

“JDT diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). KIta berada dalam 10 pasukan terbaik di benua ini, sepatutnya peminat menyokong pencapaian itu.

“Tetapi disebabkan ‘rivalry’, mereka tidak boleh bezakan saingan domestik dan kepentingan peringkat kebangsaan. Bagi saya kedua-dua perkara itu berbeza,” titahnya.

Pemilik JDT itu juga tidak bersetuju dengan kritikan negatif segelintir pihak terhadap program naturalisasi pemain dalam skuad Harimau Malaya ketika ini.

“Negara jiran juga sudah ambil langkah sama, jika kita nak berkembang kita kena (lakukan juga). Kita bukan lihat asal usul atau warna kulit, tetapi akhirnya dedikasi kepada pasukan kebangsaan.

“Secara peribadi, saya tiada masalah pemain itu datang dari mana, asalkan mereka ada darah dan kaitan dengan Malaysia,” titahnya.

Baginda mengulas mengenai kritikan segelintir pihak berhubung program naturalisasi melibatkan Harimau Malaya termasuk Datuk Santokh Singh.

Legenda bola sepak tempatan itu dilaporkan berkata, keputusan mengambil pemain secara naturalisasi hanya mengetepikan peluang pemain tempatan mewakili negara di pentas antarabangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI