fbpx

EPL: Peluang terbaik Salah ‘di puncak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH ketika ini mendahului carta penjaring terbanyak EPL sekali gus membuka ruang untuknya bersaing meraih gelaran Ballon d’Or. - AFP

LONDON – Selepas kecewa pada edisi tahun lalu, bintang Liverpool, Mohamed Salah kini memiliki peluang lebih cerah untuk diangkat sebagai penerima anugerah Ballon d’Or 2025.

Pemain dari Mesir itu juga kini turut menjadi calon pilihan dan sedang mendahului pencabar lain untuk dipilih untuk menerima Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris.

“Sebelum ini ia pernah menjadikan saya ‘gila’ kerana tidak dapat melakukannya hingga saya hampir berputus asa. Namun, apabila bekerja, saya akan sentiasa ingatkan diri tentang apa yang saya mahu capai.

“Semua itu mendorong saya untuk bekerja lebih keras dan sudah pasti saya akan berasa gembira jika dapat memenginya. Jika ia tidak berlaku, saya tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan.

“Saya pasti saya memiliki peluang yang agak baik untuk memenanginya namun apa pun kita lihat saja nanti,” katanya.

Selain membantu Liverpool memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Salah kini sedang mendahului carta penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 28 gol dan turut merekodkan 18 bantuan jaringan.

Catatan itu sudah menyaksikan Salah hanya kurang satu lagi penglibatan jaringan untuk menyamai rekod milik Andrew Cole dan Alan Shearer yang dilakukan pada 1993-94 serta 1994-95. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI