fbpx

EPL: Arsenal ‘tembak’ Newcastle United, layak ke UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Declan Rice menjaringkan gol tunggal buat Arsenal pada aksi sebentar tadi. - Foto ihsan Facebook Arsenal FC

LONDON – Skuad Arsenal akhirnya mengesahkan status kelayakan ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas menewaskan Newcastle United 1-0 untuk kekal di kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Emiratesitu, skuad The Gunners kendalian Mikel Arteta membariskan kesebelasan terbaik dengan Leandro Trossard, Bukayo Saka dan Martin Odegaard mengetuai jentera serangan.

Namun, pasukan pelawat terlebih dahulu menguji gawang tuan rumah apabila Bruno Guimaraes melakukan rembatan tepat sebelum berjaya ditepis penjaga gol, David Raya pada minit ke-6.

Arsenal turut memiliki peluang menerusi sepakan penjuru tetapi tandukan yang dilakukan oleh Thomas Partey diselamatkan oleh Nick Pope berselang lapan minit kemudian.

Bersambung pada babak kedua, Arsenal akhirnya meraih gol yang dicari hasil penyudah menarik Declan Rice selepas menerima hantaran Martin Odegaard pada minit ke-55.

Tersentak dengan gol tersebut, The Magpies yang beraksi tanpa kelibat Alexander Isak memperkemaskan jentera serangan tetapi gagal menembusi gawang Arsenal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Keputusan 1-0 kekal sekali gus menyaksikan Arsenal meraih 71 mata selepas mengharungi 37 perlawanan, lima mata dibezakan dengan Newcastle di kedudukan ketiga liga ketika ini. – AGENSI

 

INFO 

KEPUTUSAN EPL

Everton 2 – 0 Southampton

West Ham 1 -2 Nottingham Forest

Brentford 2 – 3 Fulham

Leicester 2 – 0 Ipswich

Arsenal 1 – 0 Newcastle United

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI