fbpx

Duduk sebelah Bella, cara Syed Saddiq atasi stres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAWAPAN spontan Syed Sadiq yanga hanya perlu duduk di sebelah Bella Astillah untuk menghilangkan stres mencetuskan respons positif ramai.

PETALING JAYA – “Duduk sebelah Bella.”

Demikian jawapan spontan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membikin ramai netizen tidak keruan.

Semuanya selepas pelakon dan penyanyi Bella Astillah membacakan satu soalan tentang bagaimana cara ahli politik muda itu mengendalikan emosi ketika berdepan tekanan atau stres.

“Saya ada soalan. Cara YB (Yang Berhormat) Syed Saddiq atasi stres?,” soalnya.

Kedua-dua mereka lantas ketawa selepas mendengar jawapan Saddiq.

Ramai yang teruja dengan perbualan Bella dan Saddiq dalam siaran langsung tersebut.

“Inilah perkataan yang menggambarkan perasaan dia sekarang,” kata peminat.

“Alhamdulillah, begitu yakin dia menjawab. Aku suka lelaki ‘gentleman’,” ujar pengikut.

“Ini sah tak boleh berjauhan dengan Bella,” tutur peminat lain.

Sebelum ini, Bella dan Saddiq pernah berkolaborasi dalam kempen jenama pakaian tempatan, malah Saddiq turut muncul dalam video muzik lagu Tapi Bukan Denganmu nyanyian Bella sendiri.

Fenomena gandingan Bella Astillah-Syed Saddiq sehingga disebut sebagai BASS masih lagi menjadi perbualan ramai dalam media sosial termasuk sehingga ke Korea Selatan.

Biarpun tidak memberi jawapan pasti atau mengesahkan bercinta, keluarga kedua-dua personaliti popular itu memberikan restu andai gosip membabitkan mereka benar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI