fbpx

Carlos Alcaraz juara Terbuka Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ berjaya merangkul gelaran Terbuka Itali selepas menewaskan Sinner pada aksi final awal pagi tadi. - Foto ihsan Reuters

ROM – Bintang tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz berjaya menamatkan rentetan 26 kemenangan berturut-turut Jannik Sinner bagi merangkul kejuaraan Terbuka Itali 2025 awal pagi tadi.

Alcaraz menampilkan aksi perlawanan cukup agresif sebelum menewaskan pemain nombor satu dunia dari Itali itu menerusi keputusan straight-set 7-6, 6-1.

Kemenangan itu sekali gus menyekat impian Sinner untuk menjadi pemain lelaki Itali pertama menjuarai kejohanan berkenaan dalam tempoh hampir lima dekad selepas kali terakhir dilakukan Adriano Panatta pada 1976.

Sinner yang baru kembali beraksi selepas tiga bulan digantung kerana kes doping, mempunyai peluang menamatkan set pertama, namun gagal menyudahkannya apabila melakukan kesilapan pukulan.

Situasi itu membuka ruang buat Alcaraz untuk bangkit sebelum menguasai set kedua sepenuhnya.

“Saya sangat gembira kerana akhirnya memenangi gelaran di Rom. Ini antara kejohanan yang saya impikan sejak kecil. Semoga ini bukan yang terakhir.

“Apapun, saya gembira melihat Jannik (Sinner) kembali ke tahap terbaik. Bukan mudah untuk kembali selepas tiga bulan dan terus mara ke final,” kata Alcaraz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI