fbpx

Bas pekerja ‘selamba’ undur hingga langgar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan bas pekerja mengundur secara tiba-tiba lalu melanggar sebuah kereta.

PETALING JAYA – Sebuah bas pekerja yang diletakkan di tepi jalan dengan ‘selamba’ mengundur sehingga melanggar sebuah kereta ketika keadaan lalu lintas sesak.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsi di Threads oleh @Iqbalsukor, kereta itu membunyikan hon beberapa kali sebagai amaran, namun bas dilihat mengundur sehingga menghimpit kenderaan tersebut.

“Takkan ini nak salahkan ‘blind spot’ juga. Mengundur tak tengok cermin langsung agaknya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai yang mendakwa pemandu bas tersebut cuai dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Kadangkala tertanya-tanya juga yang membawa bas ini macam mana dia tengok belakang eh? Cermin belakang tak ada, dia undur nampak apa?” soal @Nuraien_sh.

“Kasihan dari awal dia bawa kereta elok-elok. Jaga jarak, tiba-tiba jadi macam itu. Jalan tengah sesak. Apalah pemandu bas itu fikir,” kata @Nrznsbdn.

“Masalah tidak tengok cermin sisi satu hal, dah terang-terang boleh nampak jalan itu sesak, takkan tak boleh fikir ada kereta dari belakang. Sebab itu bas atau lori tidak boleh parkir sesuka hati,” kata @Syafique. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI