fbpx

44,000 serangan siber setiap hari, tipu Sumbangan Tunai Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesej melalui WhatsApp dimana penerima dimaklumkan bahawa bayaran telah dikreditkan ke akaun mereka.

PETALING JAYA – Sindiket penipuan siber semakin aktif mengambil kesempatan ke atas orang ramai sempena pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dengan menyebarkan mesej palsu.

Menurut laporan Rangkaian Keselamatan Kaspersky (KSN), sebanyak 4,017,161 ancaman siber berasaskan internet direkodkan sepanjang Januari hingga Mac tahun ini, bersamaan 44,000 serangan siber setiap hari.

“Modus operandi dengan menghantar mesej tular melalui WhatsApp dan Telegram. Penerima kononnya dimaklumkan bahawa bayaran STR Fasa 1 telah dikreditkan ke akaun mereka.

“Kandungan mesej lazimnya dalam bahasa Melayu dan Cina, lengkap dengan imej palsu menyerupai portal rasmi kerajaan.

“Sebaik sahaja pautan itu diklik, ia mampu mencuri data peribadi pengguna, mengganggu sistem mesej, akaun pengguna mungkin diceroboh tanpa disedari atau menyebabkan pengguna terkeluar daripada akaun mereka,” kata laporan itu.

Pengarah Urusan Asia Pasifik Kaspersky, Adrian Hia berkata, penjenayah siber kini bijak mengeksploitasi kepercayaan dan tabiat pengguna yang cenderung membuka mesej berkaitan bantuan kewangan.

“Mereka tahu rakyat sedang menunggu maklumat pembayaran, jadi mereka cipta mesej yang kelihatan sahih lengkap dengan logo rasmi dan jadual bantuan.

“Satu klik sahaja pada pautan palsu boleh menyebabkan pengguna kehilangan akses kepada akaun peribadi atau membocorkan maklumat sensitif tanpa disedari,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching turut mengingatkan orang ramai melalui kenyataan di Facebook rasminya agar hanya merujuk laman web rasmi kerajaan yang menggunakan domain berakhir dengan ‘gov.my’.

Sebagai langkah keselamatan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga telah mengharamkan penggunaan pautan dalam SMS sejak 1 September 2024 dalam usaha membanteras penipuan siber. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI