fbpx

122 trip tambahan, 36 feri malam sempena LIMA’25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUALAN tiket feri sempena LIMA’25 meningkat dua kali ganda. - GAMBAR HIASAN.

ALOR SETAR – Sebanyak 122 trip tambahan termasuk 36 feri malam disediakan ekoran sambutan luar biasa dalam kalangan pengunjung sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA’25).

Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. (Ferry Line), Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, sebanyak 113,000 tiket berada dalam sistem jualan termasuk 60,000 terjual setakat ini bagi perjalanan bermula 20 hingga 25 Mei ini.

“Ferry Line menambah 122 trip tambahan berdasarkan jumlah permintaan penjualan tiket yang semakin menggalakkan. Ferry Line akan menambah lagi trip tambahan sekiranya permintaan di luar jangkaan berlaku.

“Sambutan menggalakkan daripada kedua-dua Terminal Feri Kuala Kedah dan Kuala Perlis, jadi Ferry Line juga melanjutkan perkhidmatan trip tambahan sehingga pukul 10 malam untuk trip kedua-dua hala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, penjualan tiket bagi LIMA’25 meningkat dua kali ganda berbanding acara terdahulu.

“Jualan bagi LIMA’25 setakat ini adalah lebih 60,000 dan dijangka meningkat pada hari-hari terakhir acara. Angka itu meningkat daripada LIMA’23 iaitu sebanyak 31,138 tiket dan LIMA’19 sebanyak 25,000 tiket terjual,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI