fbpx

[VIDEO] Nahas FRU: ‘Terima kasih insan baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pemandu lori batu diiring keluar oleh anggota polis daripada kompleks mahkamah.

PETALING JAYA – Seorang wanita atau dikenali sebagai Azwani Ismail meraih perhatian apabila dikatakan menyumbangkan wang bernilai RM6,000 kepada ‘abang lori’ yang digunakan untuk mengikat jamin individu berkenaaan yang terlibat dalam kemalangan trak FRU 13 Mei lalu.

Menerusi hantaran pengguna TikTok @d4dy3_rxtu2, anak jati kelahiran Kelantan itu sering dikatakan giat membantu ramai orang melalui aplikasi tersebut iaitu secara ‘live gift’.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, orang ramai memuji tindakan wanita tersebut yang sanggup membantu individu berkenaan tanpa menghakimi kesalahan yang dilakukannya.

“Ya Allah, mengalir air mata saya, terima kasih yang tidak terhingga buat hamba Allah yang bernama Azwani Ismail.. semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kamu,” balas @NurAdriana.

“Macam tidak asing nama Azwani Ismail ini, biasanya tengok di FaceBook, dia berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.. alhamdulillah, ada insan baik datang memberi bantuan,” komen @W@ND@_AFF SHOP.

“Alhamdulillah, terima kasih Azwani Ismail yang sudi menolong orang dalam kesusahan.. semoga dimurahlan rezeki, hanya Allah yang dapat membalasnya.. amin,” komen @ram_inah2. – KOSMO! ONLINE

@d4dy3_rxtu2anak jati malaysia kelahiran kelantan membantu ikat jamin abg lori..alhamdulillah…semoga berlipat kali ganda rezeki dan pahala beliau..dan utk rakyat yg mendoakannya juga..aminn

♬ original sound – pencarilagu🇲🇾🇵🇸

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI