fbpx

[VIDEO] Hantu pun tak sempat masak nasi goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut yang kini tular di media sosial.

PETALING JAYA – Kalau sudah penakut, bukan sekadar manusia, malah lembaga atau hantu sendiri pun boleh terkejut.

Begitulah yang mungkin berlaku melalui pengalaman seorang pemuda yang sempat merakam satu rakaman aneh yang dialami beliau ketika berada di sebuah kediaman seperti video yang kini tular di media sosial ketika ini.

Menerusi video terbabit, lelaki tersebut pada mulanya merakam satu bunyi yang kuat dipercayai datang dari ruangan dapur kediaman tersebut.

Kemudian, lelaki itu terus ke ruangan dapur itu dan mendapati kuali dan sudip miliknya bergerak sendiri dan terjatuh secara tiba-tiba setelah disergah lelaki itu.

Orang ramai yang menyaksikan klip tersebut tidak meninggalkan komen seram namun, rakaman terbabit menjadi satu kejadian aneh yang lucu kepada mereka.

“Abang laju sangat pergi sergah, kalau tunggu sikit lagi siap nasi goreng tu. Jimat sikit belanja hantu dah sediakan,” kata Wan Auni Daud.

“Hantu apa lau sangat terkejutnya, malam nanti kera nak mengusik orang lagi la tu sebab perut lapar. Banyak perangai hantu sekarang,” kata Limar Manjoo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI