fbpx

‘Sofa di tingkat 8, mangsa jatuh tingkat 7’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sofa lama yang didakwa penduduk ditempatkan di tingkat 8 dekat sebuah kuarters penjawat awam di Putrajaya.

PUTRAJAYA- Polis setakat ini tidak dapat mengesahkan punca kematian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terjatuh daripada tingkat tujuh sebuah kuarters penjawat awam di sini semalam.

Sebelum ini, beberapa kumpulan Facebook (FB) komuniti setempat mendakwa bahawa mangsa terlebih dahulu memanjat sofa di ruang terbuka di aras lapan kuarters terbabit sebelum terjatuh.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan dakwaan itu dan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Beliau berkata, pihaknya mendapati sofa berkenaan berada di tingkat lapan, manakala mangsa pula dilaporkan jatuh dari tingkat tujuh kuarters berkenaan.

“Dalam siasatan (kes masih dalam siasatan). Mungkin tingkat 7 (mangsa terjatuh dari tingkat tujuh), manakala sofa pula berada di tingkat lapan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beberapa kumpulan FB komuniti setempat berkongsi gambar sofa dan mengaitkan bahawa mangsa terlebih dahulu memanjat sofa berkenaan sebelum terjatuh.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI