fbpx

‘Saya tak salahkan pemandu lori batu itu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mastura (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan CSR manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian Skim SSPN kepada Norazian (tiga dari kanan) di Kampung Sungai Itek, Gopeng hari ini. - Foto/ZULFACHRI ZULKIFLI

GOPENG – Isteri kepada Allahyarham Amiruddin Zabri menyifatkan kematian suaminya sebagai ketentuan Allah SWT dalam nahas yang turut meragut nyawa lapan lain anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Sungai Senam, Ipoh dekat sini.

Norazian Mohd Joned, 38, dengan nada sebak berkata, beliau tidak akan sesekali menyalahkan pemandu lori itu selain menyifatkan ajal arwah suaminya dan lapan yang lain itu telah ditetapkan Allah SWT.

“Kita pun tak salahkan pemandu lori itu. Mungkin itu cara Allah. Dah ditetapkan macam itu kan.

“Asbab sahajakan benda ni. Suami (arwah) pernah cakap kes yang bomba lemas ramai-ramai (enam anggota bomba mati lemas di Puchong , 2018). Kita patut cemburu dengan mereka.

“Kematian mereka didoa oleh semua orang yang tidak kenal pun. Arwah pernah cakap dia nak mati macam itu. Mungkin dalam hati arwah doa (meninggal dunia) sebegitu,” katanya di kediaman rumah pusaka arwah suaminya di Kampung Sungai Itek di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),  Mastura Mohd. Khalid yang menyampaikan sumbangan manfaat takaful dan khairat kematian berjumlah RM4,000 kepadanya dan tiga anak yang lain. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI