fbpx

Rekod terburuk United sejak 1973/74

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain United tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil ketika tewas 0-1 kepada Chelsea awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Manchester United terus mencatat rekod buruk dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila gagal menang dalam lapan perlawanan berturut-turut selepas tewas 0-1 kepada Chelsea di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Gol tunggal daripada Marc Cucurella pada minit ke-71 itu turut menyaksikan United tewas buat kali ke-18 musim ini, pencapaian terburuk mereka sejak 20 kali kalah pada kempen 1973/74.

Pengurus United, Ruben Amorim berkata, walaupun tewas, namun anak-anak buahnya sudah menampilkan aksi kompetitif dan boleh dijadikan sebagai pentas memilih kesebelasan utama menjelang final Liga Europa pada Khamis nanti.

“Saya fikir kami memulakan perlawanan dengan baik tetapi kurang agresif ketika berada dalam kawasan pasukan lawan. Kami sudah berikan segala-galanya pada perlawanan hari ini (awal pagi semalam).

“Tuah tidak memihak kami walaupun sudah mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Agak mengecewakan kerana kami seolah-olah hilang fokus ketika sudah hampir untuk menjaringkan gol,” katanya.

Amorim perlu melakukan persiapan terbaik menjelang perlawanan akhir Liga Europa menentang Tottenham Hotspur kerana ia adalah satu-satunya peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

“Sekarang kami perlu bersedia untuk perlawanan seterusnya. Masih ada masa lebih kurang lima hari, jadi kami akan berehat dan buat persiapan. Semua pemain sangat teruja untuk aksi final tersebut,” ujar Amorim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI