fbpx

Ramai terkesan jika kelab ‘tutup kedai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SRI Pahang FC antara kelab pernah menyatakan hasrat tidak beraksi di Liga M musim depan.

FIRST Instance Body (FIB) seakan berada di persimpangan dilema untuk membuat keputusan akhir pasukan mana bakal diberikan lesen kebangsaan bagi kelab yang memohon mendapat tempat bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sekiranya terdapat pasukan yang gagal mendapatkan lesen, akan wujud lambakan bakat atau pemain selain kegagalan beraksi di Liga M musim depan turut memberikan impak lebih besar kepada ekosistem bola sepak tempatan.

Antara bakal menerima kesan termasuk pemilik stadium kehilangan sumber sewaan, syarikat pengendali tiket dan keselamatan, sukarelawan perlawanan, syarikat barangan rasmi kelab, penjaja kecil dan peniaga makanan di sekitar stadium yang lazimnya bergantung kepada pendapatan mingguan.

“Jika sesuatu FC (kelab) tutup dan tarik diri daripada liga, bukan sahaja pemain, kaki tangan teknikal dan pengurusan terjejas, tempiasnya juga bakal dirasai oleh ramai lagi pihak yang berkepentingan,” kata pemerhati bola sepak negara, Prof. Madya Zulakbal Abd. Karim.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan oleh Liga Bola Sepak (MFL) kelmarin, FIB kini dalam proses semakan dokumen dimuat naik oleh semua kelab yang membuat permohonan lesen kebangsaan.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd. Nasir Sheikh Mohd. Sharif berkata, sudah menjadi kelaziman sebelum sebarang kelulusan dibuat, pihaknya akan mempertimbangkan dan meneliti banyak perkara, namun segala keputusan pastinya dibuat demi kepentingan bola sepak.

“Jawatankuasa FIB memerlukan sedikit masa lagi untuk menyelesaikan semakan dengan teliti terhadap 387 Dokumen dan ‘Entries’ daripada setiap kelab Liga Super, manakala 98 Dokumen dan ‘Entries’ oleh kelab Liga A1 Semi-Pro yang dimuatnaik sebelum tarikh tutup 10 Mei lalu.

“Dokumen dan ‘Entries’ berkenaan adalah melibatkan kriteria Kewangan, Perniagaan, Kakitangan & Pentadbiran, Perundangan, Sukan dan Infrastruktur yang dimuatnaik oleh setiap kelab dalam Sistem Pelesenan AFC CLAS,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI