fbpx

Raji meninggal dunia ketika solat maghrib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soberi menunjukkan tempat arwah Raji rebah di ruang solat sebelum meninggal dunia di surau Al.Madinah,Taman Lobak,Kulim,Kedah.- Foto AZAHAR HASHIM.

KULIM – Kematian yang dicemburui. Itulah yang berlaku ke atas seorang warga emas ketika menunaikan solat maghrib berjemaah di surau Al-Madinah, Taman Lobak, di sini malam tadi.

Mangsa, Raji Ahmad, 77, disahkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8 malam semasa berada di saf kedua.

Bekas Pengerusi surau Al Madinah, Soberi Desa, 65, berkata, dia menyedari arwah meninggal dunia selepas selesai solat maghrib apabila melihat ustaz Adnan yang hadir untuk memberi ceramah agama di surau memberi rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Menurutnya, Ustaz Adnan yang berdiri sebelah arwah di saf kedua memberi rawatan awal (CPR) selepas menghubungi talian kecemasan 999.

“Arwah datang solat maghrib ketika rakaat kedua di sebelah ustaz Adnan, secara tiba-tiba arwah duduk perlahan-lahan dan terus rebah ke atas karpet,”katanya ketika di temui di surau Al.Madinah,hari ini.

Menurut Soberi, selepas selesai solat semua jemaah turut membantu mangsa dan Istaz Adnan memberi bantuan (CPR) selepas pihak Hospital Kulim yang menghubunginya mengarahkannya membuat demikian.

“Kira-kira 10 minit kemudian ambulans tiba dan pasukan perubatan memberi bantuan kecemasan serta membuat pemeriksaan,namun arwah di sahkan sudah meninggal dunia,”katanya-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI