fbpx

PSG julang trofi Ligue 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Paris St Germain, Marquinhos menjulang trofi sambil meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjuarai Ligue 1. - Foto ihsan Facebook PSG

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) secara rasmi menjulang trofi Ligue 1 sekali gus menjadi gelaran pertama musim ini selepas menewaskan Auxerre 3-1 pada aksi terakhir liga di laman sendiri awal pagi tadi.

Pada aksi tersebut, skuad PSG berjaya meraih jaringan menerusi ledakan Khvicha Kvaratskhelia yang meledak dua gol dan satu lagi sumbangan Marquinhos untuk mengumpul 84 mata selepas tamat berakhir 34 perlawanan musim ini.

Pengendali PSG, Luis Enrique mengakui keputusan tersebut cukup penting buat anak-anaknya kerana ia boleh memberi motivasi tambahan dalam usaha memburu gelaran trebel dengan saingan final Piala Perancis dan Liga Juara-Juara (UCL) akan menyusul nanti.

“Saya gembira kita dapat lakar kemenangan positif di laman sendiri. Ini adalah keputusan yang penting untuk menaikkan moral pasukan yang akan mengharungi dua lagi perlawanan final selepas ini.

“Apa yang pasti, saya mahu pasukan kekalkan mentaliti juara dan fokus dalam memastikan misi menjulang gelaran trebel dalam direalisasikan nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI