fbpx

‘Penyokong mengamuk kalau Arsenal kalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL perlu menang ke atas Newcastle malam ini bagi mengukuhkan kedudukan sebagai naib juara musim ini. - AFP

LONDON – Tekanan semakin memuncak ke atas Arsenal apabila legenda kelab, Martin Keown memberi amaran suasana di Stadium Emirates boleh bertukar ‘panas’ jika mereka tumbang kepada Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Menurut Keown, skuad kendalian Mikel Arteta berisiko kehilangan kedudukan kedua liga dan berdepan kemungkinan dipintas Newcastle, Chelsea atau Aston Villa dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

“Kalau mereka (Arsenal) kalah lagi, saya tak terkejut penyokong mula mengecam. Pasukan ini nampak hilang arah dalam tempoh paling penting musim ini,” kata Keown yang berstatus sebagai penganalisis bola sepak..

The Gunners yang suatu ketika pernah menjadi pencabar utama kejuaraan EPL, ketinggalan 15 mata di belakang Liverpool yang sudah menjuarai saingan musim ini dan hanya tinggal dua perlawanan untuk menamatkan musim.

Mereka juga gagal mara ke final UCL musim ini selepas tewas kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam kedua-dua aksi separuh akhir dengan kegagalan menjaringkan gol menjadi punca utama.

Dengan hanya lima mata memisahkan kedudukan kedua hingga kelima, Arsenal bukan sahaja terpaksa menahan tekanan daripada Chelsea dan Villa, malah Newcastle di tangga ketiga berpeluang memintas jika menang di Emirates.

Rekod Newcastle menentang Arsenal sejak kebelakangan ini juga membimbangkan iaitu menang empat daripada lima pertemuan terakhir termasuk dua kemenangan berganda dalam separuh akhir Piala Liga Inggeris (EPL) musim ini.

Meskipun Arsenal dilihat mempamerkan semangat juang tinggi untuk bangkit mengikat Liverpool di Anfield minggu lalu, prestasi keseluruhan mereka sejak kebelakangan ini cukup membimbangkan penyokong. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI