fbpx

Pelancong mengamuk tanpa seurat benang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS berjaya menangkap pelancong asing yang mengamuk dalam keadaan berbogel. - Foto The Pattaya News

BANGKOK – Seorang pelancong asing dipercayai warga Eropah mengamuk dalam keadaan tanpa seurat benang di Pattaya, Thailand, lapor laman berita The Pattaya News hari ini.  

Kira-kira pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan), Balai Polis Banglamung di wilayah Chonburi menerima laporan daripada penduduk yang cemas melihat seorang pelancong asing bersikap tidak menentu dalam keadaan berbogel.

Pihak berkuasa segera menghantar anggota-anggotanya dan menyelaras dengan pasukan sukarelawan untuk menangkap suspek. 

Dia dikatakan berumur antara 30 hingga 40 tahun. 

Menurut seorang penyelamat sukarelawan, Kamphon Malison, pasukan penyelamat mendapati bahawa pelancong yang identitinya tidak didedahkan itu cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh polis dan mengamuk. 

“Dia berada dalam keadaan tidak menentu, membaling batu dan kerusi kepada kami,” katanya. 

Lelaki tersebut turut memegang kerusi dan batu sambil merosakkan harta benda penduduk.

Dia akhirnya berjaya ditangkap walaupun memberikan tentangan kepada polis dan pasukan sukarelawan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI