fbpx

Pamela ada hubungi keluarga pada hari kehilangannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam keterangan tiga anak Datin Seri Pamela Ling Yueh bagi membantu siasatan kes kehilangan wanita terbabit yang disyaki diculik pada 9 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, keterangan tiga anak Pamela membabitkan dua perempuan dan seorang lelaki berusia 18 hingga 20 tahun diambil di Ibu Pejabat Polis Woodlands, Singapura semalam.

“Saya pun dah tengok (keterangan) dan memang ada perkara yang boleh membantu siasatan terutamanya tentang pergerakan terakhir (Pamela).

“Khususnya pada 8 dan 9 April itu, (Pamela) masih berhubung dengan ahli keluarga dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat di Dewan Serbaguna Desa Rejang, di sini hari ini.

Pamela sebelum ini dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, 9 April lalu.

Dalam pada itu, Rusdi berkata, pihaknya turut merakam percakapan membabitkan seorang individu iaitu kenalan kepada keluarga Pamela.

Katanya, setakat ini, seramai 47 individu sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Mengulas berhubung penahanan suami Pamela, Rusdi berkata, tangkapan kira-kira pukul 5 pagi di kediamannya sekitar ibu negara bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Katanya, individu bergelar Datuk Seri itu telah dilepaskan dengan jaminan polis selepas 24 jam ditahan selepas permohonan reman ditolak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI