PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di Melaka dan Johor sehingga pukul 2 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk di Melaka itu melibatkan kawasan Melaka Tengah dan Jasin.
“Di Johor pula, antara kawasan terjejas ialah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya. – KOSMO! ONLINE