fbpx

Lelaki ugut penguat kuasa DBKL bakal dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang ditahan sebelum ini kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal dituduh di mahkamah esok.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa hari ini.

“Pertuduhan akan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat di Dewan Serbaguna Desa Rejang, di sini hari ini.

Kes itu susulan insiden pergelutan antara seorang peniaga belon dan penguat kuasa DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), pada 28 Mac lalu.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan polis selepas menerima laporan daripada penguat kuasa DBKL.

Rusdi dilaporkan berkata, laporan itu berhubung satu hantaran di laman Facebook membabitkan tangkap layar perbualan WhatsApp yang mengandungi ugutan dan hasutan.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI