fbpx

Kes penagihan dadah menurun di Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin (dari kanan) bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Sharif ketika Program Kl Car Free Morning sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025.

KUALA LUMPUR – Kes penyalahgunaan dadah di Wilayah Persekutuan menurun apabila seramai 5,800 penagih direkodkan pada tahun ini hingga Mac lalu berbanding 10,799 orang bagi tempoh sama tahun lalu.

Bagi mengurangkan lagi kes penyalahgunaan dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menganjurkan acara larian sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini pagi tadi.

Lebih 1,000 peserta berlari sejauh 5 kilometer (km) menerusi program KL Car Free Morning.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh, berkata, program secara sihat dan terbuka seperti ini bukan sahaja mampu memperkukuh peranan komuniti dalam pencegahan dadah, malah dapat mempromosikan kempen gaya hidup sihat tanpa dadah.

“Kita dapat lihat menerusi gabungan aktiviti fizikal seperti berbasikal, berjalan kaki, senamrobik, larian sejauh 5km dapat menggalakkan masyarakat bandar bagi mengusahakan persekitaran bebas dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, selain dapat menikmati suasana tanpa kenderaan di ibu kota, program itu turut berupaya meningkatkan jalinan kerjasama dalam melaksanakan advokasi dadah dengan DBKL. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI