fbpx

Kes pelakon pukul kekasih diklasifikasikan NFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes pelakon lelaki yang didakwa memukul kekasihnya sehingga cedera di Ara Damansara, Petaling Jaya pada 7 April lalu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, tindakan itu dibuat susulan arahan Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Kita sudah mendapat arahan daripada TPR untuk NFA kes terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan polis memangil seorang pelakon lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes memukul teman wanitanya sehingga cedera.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, berdasarkan rekod, mangsa pernah membuat laporan polis pada tahun lalu yang mendakwa dipukul oleh suspek sama.

Pelakon, Ammar Alfian sebelum ini menepis tuduhan memukul teman wanitanya sekali gus menganggap laporan polis yang dibuat seorang wanita adalah tindakan tergesa-gesa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI