GOMBAK – Dua buah rumah hangus dijilat api dalam kebakaran di Lorong Berlian 10, Kampung Wira Damai, di sini, hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.30 pagi.
Katanya, seramai 25 anggota serta jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, dua buah rumah didapati terbakar dengan anggaran kemusnahan 75 peratus.
“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 12.23 tengah hari dan tiada mangsa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan. -KOSMO! ONLINE