fbpx

‘Dah habis pantang, tak terima nasihat peti sejuk tiga pintu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atikah kesal dengan tindakan mereka yang menyerangnya secara membuta tuli hanya kerana menjamah ikan pari walaupun selepas habis berpantang.

PETALING JAYA – Dihentam netizen kerana makan ikan pari yang didakwa berbisa, pelakon Datin Atikah Suhaime kesal dengan tindakan mereka yang menyerangnya secara membuta tuli.

Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, turut menegaskan bahawa ibunya tidak akan menghidangkan sesuatu hidangan yang boleh memudaratkan dirinya.

“Saya tak faham mak cik Facebook dah mula bermaharajalela dalam TikTok. Dah tak selamat dah TikTok.

“Adakah patut rata-rata yang komen dekat TikTok ikan pari berbisalah, nanti anak saya kembunglah.

“Takkan lah mama saya sendiri nak racun anaknya? Agaklah,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Malah, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu turut memaklumkan dirinya sudah habis berpantang selain berkecil hati dan tidak mahu melakukan konten makan dalam media sosial selepas ini.

“Selepas itu kan, sibuk lagi cakap pasal makanan pantang. Padahal saya dah habis pantang.

“Orang yang komen fasal makanan pantang masing-masing dah macam peti sejuk tiga pintu (berbadan besar).

“Tiada satu pun yang sibuk komen fasal pantang, awet muda macam mama saya. Awak rasa saya nak dengar? Sejujurnya, malas nak buat mukbang (konten makan),” ujarnya lagi.

Dia juga memberitahu tidak memerlukan khidmat nasihat daripada individu yang tidak menjaga penampilan diri.

“Kalau awak tak nampak awet muda atau badan langsing, tolong saya tidak perlukan nasihat fasal pantang.

“Awak sendiri nasihat diri sendiri dan cantikkan diri dulu baru nasihat orang lain.

“Ada hati nak cakap itu ini, dahlah macam senduk sahaja masing-masing pun,” tuturnya.

Sebelum ini, Atikah memuat naik video menjamah hidangan asam pedas pari dan rata-rata mendakwa ikan pari terlalu bisa untuk ibu yang baru lepas bersalin serta bayi mereka.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu kerap melakukan konten makan dalam media sosial sejak awal perkahwinan dahulu.

Atikah Suhaime dan suaminya, Datuk Lokman Teh bernikah pada 21 Januari tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

Hasil perkahwinan tersebut dikurniakan seorang anak perempuan bernama Lyla Mulan Teh 8 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI