fbpx

‘Benda apa yang dipegang itu?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita memegang peranti lutsinar yang kelihatan seperti telefon bimbit. - Foto TikTok

LONDON – Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang wanita sedang menggunakan apa yang kelihatan seperti telefon bimbit lutsinar, lapor portal berita Metro UK semalam. 

Seorang pengguna memuat naik gambar wanita tersebut di platform TikTok dan dia bertanya kepada netizen tentang peranti yang dipegang itu.

“Maafkan saya, benda apa yang dipegang itu?” kata keterangan hantaran tersebut.

Sebilangan netizen menyatakan bahawa peranti tersebut berkemungkinan telefon bimbit jenama Nokia baharu dan dijual pada harga lebih £30,000 (RM171,000).

Bagaimanapun, dakwaan itu ditepis sama sekali apabila wanita dalam video tersebut tampil menjelaskan mengenai peranti lutsinar yang dipegangnya.

Menurutnya, ia sebenarnya merupakan sekeping akrilik digelar ‘metafon’ yang dicipta sebagai inisiatif untuk menggantikan ketagihan terhadap telefon bimbit.

“Sekeping akrilik kecil ini terasa seperti artifak fizikal (telefon bimbit) dan bertindak balas secara langsung kepada ketegangan kolektif yang kita semua rasakan,” katanya. 

Penjelasan itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dengan ada dalam kalangan mereka yang menulis: “Jadi ini bukan telefon sebenar, ia hanya kaca.”

“Tiada sesiapa yang ketagih memegang telefon, mereka ketagih dengan aplikasinya,” ulas seorang lagi netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI